Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu

Kami Berjanji Akan:
  1. Menyelesaikan bayaran kepada pembekal dalam tempoh tidak melebihi TIGA BELAS (13) HARI BEKERJA,
  2. Memberi maklumbalas aduan berkaitan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada pengadu dalam tempoh LIMA BELAS (15) HARI BEKERJA,
  3. Memberi maklum balas penerimaan permohonan dalam tempoh SATU (1) HARI BEKERJA bagi Permohonan Perumahan Rakyat yang memenuhi syarat,
  4. Mengeluarkan surat tawaran lantikan bagi jawatan pertama dalam tempoh LIMA (5) HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan senarai calon yang berjaya,
  5. Memberi maklumbalas penerimaan dan kelulusan kepada permohonanan Tabung Darul Iman :
    a) Maklumbalas penerimaan permohonan dalam tempoh SATU (1) HARI BEKERJA
    b) Memberi kelulusan dalam tempoh SATU (1) BULAN dari tarikh permohonan lengkap diterima dan memenuhi syarat,
  6. Menyelesaikan pindahan/agihan peruntukan kepada agensi yang memohon dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan memenuhi semua syarat,
  7. Memastikan masalah rangkaian komputer Terengganu*Net diselesaikan dalam tempoh masa LAPAN (8) JAM BEKERJA,
  8. Menyediakan kertas kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan mengangkat kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan untuk dibawa ke MMKN dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA setelah diterima daripada agensi,
  9. Memastikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi permohonan pelaburan/perusahaan dimaklumkan kepada pelabur/pemohon dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA selepas cabutan minit diterima.

Terengganu State Secretary's Office, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Disclaimer: The Terengganu State Government will not be responsible for any damages on the use of any information in this website.

Visitor Counters

Today 364

Week 3311

Month 18502

All 742327

FOLLOW US ON FACEBOOK