Berita Utama

Terengganu Benar Aktiviti Ibadat Di Masjid, Surau

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di negeri berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir 4 Mac ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, kebenaran perluasan aktiviti-aktiviti tersebut tidak tertakluk kepada mana-mana masjid, surau dan pusat pengajian yang dikenakan arahan penutupan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sepanjang tempoh penutupan.

"Penggunaan ruang dewan solat utama dan kawasan masjid bagi aktiviti solat Jumaat serta aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau adalah dibenarkan.

"Majlis akad nikah di masjid dan surau adalah dibenarkan dengan kapasiti tidak melebihi 20 orang," jelasnya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut beliau, semua madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang berada di bawah kawalan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dibenarkan beroperasi mulai 8 Mac 2021.

"Sultan Mizan Zainal Abidin juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," tambah Osman.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 237

Week 3184

Month 18375

All 742200

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM