| 24 Sep 2020, 09: 04 Malam | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :
Kalendar Aktiviti
 
« September 2020 »
AhIsSeRaKhJuSa
  12345
6789101112
13141516171819
20212223
24
2526
27282930   
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
  Tiada Renungan  
 

Promosi Web
 

Jabatan Pertanian

QR code

Jabatan Pertanian

e-Book Rakan Kebun Anda

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Klinik Pengembangan

Agri-Food Business Development Centre

Agribazaar


 

eBuletin
   

Peti Undi
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

Anda Pelawat Yang Ke : 7361

 
Laman Utama > ARTIKEL

Buluh Rebung (Penjagaan, Penghasilan dan Pemprosesan) - Artikel

Kategori:ARTIKEL
 

 


Buluh Rebung Madu merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya semakin berkembang. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang. Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Penjagaan

Buluh rebung ini sangat mudah untuk ditanam dan dijaga. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakkan tanah yang bermasalah. Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.

1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki @ 15 kaki x 20 kaki. Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.

Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air. Ini adalah perlu bagi mengelakkan anak pokok stress dalam penyesuaian tanah baru.Bagi pucuk yang tumbuh aktif perlu di cantas bagi menggalakkan pertumbuhan tunas baru.

Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai. Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan -1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya. Kadar pertumbuhan rebung adalah sangat cepat dan melalui hasil pemerhatian saya bersama usahawan, rebung madu tumbuh kira-kira 3-6 inci dalam masa 24 jam. Manakala bagi program pembajaan, adalah disyorkan menggunakan baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali.

Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan. Selain itu juga, faktor pemakanan dan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan rebung yang dihasilkan kurang bermutu dan kecil.

Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 - 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.

Hasil Rebung Buluh Madu

Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi menjaga kualitinya. Umumnya perlu diketahui bahawa rebung segar cepat berlaku pengoksidaan dan perlu dimasak segera atau dijerukkan. Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.

Rebung amat popular dikalangan tukang masak samaada di kedai makan atau suri rumah sebagai bahan dalam masakan seperti gulai masak lemak cilia api, gulai daging, masak pedas, goreng tepung, kerepek, daging salai, masak kari dan lain-lain. Perlu juga diketahui bahawa rebung madu mempunyai pelbagai khasiat, karbohidrat, antioksida, pelbagai vitamin dan mineral

Bagi usahawan Buluh Rebung Madu, Karim Derani memaklumkan bahawa permintaan rebung amat menggalakkan dan kini beliau dapat mengeluarkan kira-kira 60 kg rebung sehari dengan pendapatan kasar Rm 180/hari.



Lampiran:Tiada rekod
Kembali »
 
©Hakcipta Terpelihara - Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (2009) "Kementerian Pertanian Industri Dan Asas Tani Malaysia"
Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 25-01-2016
| Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |