| 16 Nov 2018, 04: 09 Pagi | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :


Kalendar Aktiviti
 
« November 2018 »
AhIsSeRaKhJuSa
    123
45678910
1112131415
16
17
18192021222324
252627282930 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
 

Penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat AIRLINES tapi KERANDA yang dipandu 4 manusia menjadi roda. Bekal kita bukan WANG&HARTA tapi AMAL IBADAH. Baju yang kita pakai bukan jenama LEVIS tapi kain KAFAN. Bukan PRAMUGARI yang melayan kita tetapi MALAIKAT MUNKAR NAKIR. Pendaratan kita bukan di JAPAN@USA tapi TANAH PERKUBURAN..pasport kita AL-ISLAM, visa kita bukan 2 tahun tapi untuk selama-lamanya. Tempat tidur kita bukan SPRINGBAD tapi TANAH LIAT..adakah kita sudah bersedia?

 
 

Promosi Web
 

Portal Rasmi Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

Biro Pengaduan Awam

PORTAL SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Laman Web Ketua Setiausaha Negara

MAMPU

jpa

My Gov


 

eBuletin
   

Peti Undi
 
Aktiviti Perlancongan Yang Menarik di Terengganu? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...
 

Anda Pelawat Yang Ke : 942107

 
Laman Utama > Berita

Terengganu Juara Sukma Ke-12 - Lakari Kejayaan Luar Dugaan



Dato' Ahmad mengiringi Dato' Seri Utama Abdullah merasmikan majlis penutup Sukma XII 2008 Terengganu yang penuh gilang-gemilang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Kontinjen tuan rumah, Terengganu mampu tersenyum puas selepas mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan yang mula diperkenalkan 22 tahun lampau.

Sukma yang melabuhkan tirainya, semalam (9 Jun)dengan Terengganu muncul juara keseluruhan selepas meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.
Catatan kejayaan itu melayakkan Terengganu menerima anugerah Piala Perdana Menteri yang disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ketua Kontinjen Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Keunggulan kontinjen Terengganu pada temasya Sukma kali ini juga menyaksikan penguasaan Raja Sukma, Selangor terkubur selepas menduduki kejuaraan Sukma enam kali sejak 1996. Selangor muncul naib juara dengan 54 emas, manakala Sarawak 52 emas. Secara keseluruhan, tuan rumah berjaya merangkul 61 pingat emas, angka yang tidak terfikir oleh kontinjen negeri dan seluruh rakyat Terengganu.

Pada awalnya, para pegawai termasuk Menteri Besar, Dato' Ahmad Said hanya mensasarkan pencapaian 40 pingat emas pada awal temasya yang lalu.

Jika pada malam sebelumnya (8 Jun), pasukan bola sepak tuan rumah menggamatkan stadium yang sama dengan sorakan penyokong yang memberi semangat sekaligus menghadirkan emas ke-59 dan muncul juara acara itu selama dua tahun berturut-turut. Penguasaan Terengganu terus membanggakan apabila dua pingat emas terakhir bagi acara berbasikal 150 kilometer perseorangan dan berpasukan menambah lagi erti pada hari terakhir, semalam.

Ketua kontinjen Terengganu, Wan Ahmad Nizam menerima Piala Perdana Menteri.

Sehingga penutup semalam, keseluruhan temasya berjaya memecahkan tujuh rekod kebangsaan menerusi renang, angkat berat dan olahraga, selain 48 rekod kejohanan juga diperbaharui.
Atlet renang Selangor, Foo Jian Beng diumumkan atlet lelaki terbaik selepas memungut pingat tertinggi iaitu lapan pingat di mana tiga emas, empat (perak) dan satu (gangsa).

Manakala perenang Sabah, Marellyn Liew, 19, muncul atlet wanita terbaik selepas berjaya menciota rekod kejohanan acara 50 meter kuak kupu-kupu dan 4 X 100 meter gaya bebas.


Acara penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri berlangsung dengan gilang gemilang turut disaksikan oleh kira-kira 50,000 penonton dari seluruh Terengganu di mana bendera Sukma secara rasmi diturunkan dan diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam sebagai wakil kontinjen Melaka yang bakal menganjurkan Sukma Ke-13 pada 2010.


Penonton yang mula membanjiri stadium sejak dari jam 6 petang lagi dan tidak berganjak sehingga lewat tengah malam bagi menyaksikan pelbagai sajian menarik termasuk bunga api dan persembahan artis terkenal seperti Mawi bagi menutup tirai Sukma Ke-12 kali ini.

Kontinjen tuan rumah, Terengganu mampu tersenyum puas selepas mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukma Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah


Hit: 1409 Kembali >>
 
© Hakcipta Terpelihara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.
Untuk mendapatkannya, sila klik Mozilla
Penafian:-Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua
maklumat dalam laman web ini.
Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 04-11-2018
| Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |