eBuletin
 
Promosi Web
Jabatan Pertanian
QR code
Jabatan Pertanian
e-Book Rakan Kebun Anda
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Klinik Pengembangan
Agri-Food Business Development Centre
Agribazaar
 
Renungan

Tiada Renungan

 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Apakah penilaian anda terhadap tahap perkhidmatan di Jabatan Pertanian Negeri Terengganu :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 

En.Abdillah menyampaikan cenderahati kepada CIk Siti Zubaidah sebagai tanda penghargaan
  


Oleh: Cik Nazirah Binti Abdul Rahman, Encik Mohd Nurhafiz Bin Jaafar (Jurufoto)

Ajil- Pada 19 Mei 2013, satu kursus anjuran Bahagian Latihan Teknikal,Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah diadakan. Kursus Penyelenggaraan Sistem Pengairan Fertigasi ini telah diadakan di Bilik Kuliah, Kompleks Pertanian Negeri,Ajil ini telah dihadiri oleh Agen Pengembangan Kawasan (APK) dan pegawai-pegawai lain. Kursus ini merupakan kursus yang diwajibkan kepada APK bagi mencapai objektif kualiti MS ISO 9001:2008 iaitu APK perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang telah diadakan.

Pegawai Bidang Khas (APK) yang telah dilantik telah hadir sebagai penceramah untuk berkongsi maklumat serta ilmu pengetahuan kepada semua peserta kursus.PPBK yang terlibat adalah Cik Siti Zubaidah binti Jasmat dan Encik Satdin Bin Besar dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian. Objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai sistem fertigasi dan kaedah penyelenggaraan yang betul. Antara subtopik yang dibincangkan adalah pengenalan sistem fertigasi, komponen sistem pengairan fertigasi dan pengurusan serta penyelenggaraan sistem pengairan fertigasi.

Hit : 1141 « Kembali