| 18 Feb 2020, 08: 27 Malam | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :


Kalendar Aktiviti
 
« Februari 2020 »
AhIsSeRaKhJuSa
      1
2345678
9101112131415
1617
18
19202122
23242526272829
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
 

Penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat AIRLINES tapi KERANDA yang dipandu 4 manusia menjadi roda. Bekal kita bukan WANG&HARTA tapi AMAL IBADAH. Baju yang kita pakai bukan jenama LEVIS tapi kain KAFAN. Bukan PRAMUGARI yang melayan kita tetapi MALAIKAT MUNKAR NAKIR. Pendaratan kita bukan di JAPAN@USA tapi TANAH PERKUBURAN..pasport kita AL-ISLAM, visa kita bukan 2 tahun tapi untuk selama-lamanya. Tempat tidur kita bukan SPRINGBAD tapi TANAH LIAT..adakah kita sudah bersedia?

 
 

Promosi Web
 

Portal Rasmi Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

Biro Pengaduan Awam

PORTAL SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Laman Web Ketua Setiausaha Negara

MAMPU

jpa

My Gov


 

eBuletin
   

Peti Undi
 
Aktiviti Perlancongan Yang Menarik di Terengganu? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...
 

Anda Pelawat Yang Ke : 1183189

 
Laman Utama > Berita

Galeri Antartika Akan Dibangunkan Di PSKT



Kerajaan negeri bercadang membuka galeri Antartika di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dalam tempoh terdekat dengan menempatkan pelbagai bahan pameran dan contoh kelengkapan bahan kajian sains Antartika.

Usaha itu bukan saja mampu menarik minat orang ramai terutama pelajar mendalami ilmu sains biologi, sains fizikal dan alam sekitar Antartika malah berupaya berkongsi ilmu antara penyelidik dari pelbagai negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif itu akan diusulkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya mampu direalisasikan tidak lama lagi.

Katanya, keyakinan ke arah itu sangat tinggi kerana pihak berkaitan sedang berusaha dengan menaja beberapa  pelajar cemerlang mendalami ilmu astronomi, kejuruteraan, al-Quran di beberapa universiti di United Kingdom.
“Pelajar sama juga mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan menguasai serta kebijaksanaan emosi menerusi Program Saintis Islam Terengganu.

“Segala ilmu dan kepakaran mereka kelak akan dikumpul di PSKT sebagai bahan rujukan untuk  generasi akan datang,”katanya.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis yang dihadiri 100 peserta terdiri daripada saintis tempatan dan luar negara.

Turut hadir , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar.

Sementara itu, Madius berkata, MOSTI melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan UMT akan terus bekerjasama erat dengan penyelidik dari pelbagai institusi serta negara berkaitan penyelidikan di Antartika dan Artik sekali gus membuktikan kemampuan para saintis Malaysia setanding saintis-saintis global.

“Pada kali ini, seramai 100 penyelidik dari dalam dan luar negara terlibat untuk berkongsi pengalaman serta idea pada program MISA anjuran UMT,”katanya.

 

Unit Komunikasi Negeri Terengganu



Hit: 99 Kembali >>
 
© Hakcipta Terpelihara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.
Untuk mendapatkannya, sila klik Mozilla
Penafian:-Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua
maklumat dalam laman web ini.
Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 18-02-2020
| Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |