Terengganu Sedia Laksana Enakmen Sihir, Bomoh

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 28 November – Kerajaan negeri bersedia melaksanakan pindaan terhadap kesalahan jenayah Takzir 2001 yang melibatkan beberapa penambahan antaranya sihir dan pembomohan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata ia bertujuan untuk mendidik rakyat Terengganu supaya menggunakan kaedah rawatan yang betul selari dengan Islam.

Katanya, beberapa seksyen baharu juga akan dicadangkan serta didraf bagi penambahbaikan sebelum dibawa untuk dibahas serta diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

“Sebagai contoh berdasarkan peruntukan sedia ada, hanya lelaki berlagak perempuan sahaja yang dikira sebagai satu kesalahan, tetapi melalui pindaan terbaharu perempuan berlagak lelaki juga dikira sebagai satu kesalahan.

“Cadangan pindaan itu adalah hasil penelitian dan kajian yang dilakukan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah di Bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambah Satiful, beberapa enakmen baharu tersebut akan dibentangkan di penghujung sidang DUN ini.

"Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah membuat persiapan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU355) dan akan meneruskan agenda tersebut," katanya.

Untuk rekod, RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Terengganu State Secretary's Office, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Disclaimer: The Terengganu State Government will not be responsible for any damages on the use of any information in this website.

Visitor Counters

Today 35

Week 2982

Month 18173

All 741998

FOLLOW US ON FACEBOOK