PERUTUSAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia dan kerahmatanNya jua kita dianugerahkan dengan keafiatan dan kesejahteraan hidup pada hari ini serta mudah-mudahan ianya berkekalan pada hari-hari seterusnya.

Saya mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Semoga ianya mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan segala maklumat dan informasi berguna.

Sektor perkhidmatan awam merupakan entiti terpenting sebagai tonggak dalam melaksanakan tadbir urus cemerlang yang bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera' selaras dengan Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) menjelang 2030.

Perkhidmatan awam yang terbaik mampu menjana ekonomi negeri serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Terengganu yang kini direkodkan berjumlah kira-kira 1.25 juta orang merangkumi setiap segmen masyarakat seperti golongan profesional, belia, wanita, warga emas, orang kurang upaya dan lain-lain.

Untuk mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan, penjawat awam perlu berpegang teguh kepada integriti diri selain melaksanakan tugasan berlandaskan nilai Islam agar mendapat keredaan Allah SWT.

Integriti membolehkan kita melaksanakan tugas dengan penuh amanah, telus, cepat, teratur dan sentiasa berpegang pada prinsip yang jelas tanpa melakukan sebarang penyelewangan yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama Islam.

Kerapuhan integriti diri akan meleburkan kepercayaan masyarakat bukan sahaja terhadap diri kita tetapi turut melibatkan organisasi yang kita anggotai. Justeru, memperkasakan integriti diri tentunya akan menjamin kecemerlangan organisasi.

Akhir kalam, adalah menjadi harapan saya agar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh penjawat awam mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu.
Sekian, selamat mahu jaya.

Terengganu State Secretary's Office, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Disclaimer: The Terengganu State Government will not be responsible for any damages on the use of any information in this website.

Visitor Counters

Today 357

Week 3304

Month 18495

All 742320

FOLLOW US ON FACEBOOK