SIDANG DUN : Graduan TESDEC Macam 'Pisang Goreng Panas'

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA TERENGGANU, 15 November - Graduan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) mendapat perhatian majikan paling tinggi berbanding pusat pengajian milik kerajaan negeri yang lain.

Pusat pengajian itu mencatatkan kadar kebolehpasaran kerja sehingga 85 peratus, manakala Kolej Universiti TATI (TATIUC) pula 65 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, kadar itu dipantau sebaik enam bulan menamatkan pengajian masing-masing.

Katanya, pendekatan pihak TESDEC menerapkan 70 peratus kemahiran dan 30 peratus teori nyata memberi kesan maksima.

“Pada masa sama, pusat pegajian lain iaitu Kolej Universiti al-Quran dan Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) turut mendapat perhatian majikan di mana sering menerapkan kerjasama erat antara industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Seberang Takir di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurutnya lagi, penubuhkan Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) dan Majlis Pekerjaan Negeri Terengganu (MPNT) pada Julai tahun ini akan memudahkan graduan dan rakyat negeri ini mencari kerja.

"PERKESO dan Badan Bukan Kerajaan Negeri juga bekerja rapat dengan kerajaan negeri menganjurkan karnival kerjaya semata-mata mahu membantu rakyat,” katanya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 364

Week 3311

Month 18502

All 742327

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM