BAJET 2022 : Terengganu Umum i-Fitri, Bantuan Raya Bernilai RM400

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA TERENGGANU, 15 November - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman, hari ini mengumumkan i-Fitri, iaitu bantuan sempena perayaan bernilai RM400 kepada rakyat Terengganu yang layak.

Jelasnya, bantuan berkenaan akan disalurkan menjelang hari raya nanti.

"Bantuan ini akan disalurkan kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

"Usaha ini diharapkan dapat menyokong kewangan kesemua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan," katanya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 252

Week 3582

Month 5956

All 533672

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2023. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

Laman Web Rasmi Kerajaan Terengganu Darul Iman