CIO

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Ybrs. Tuan Haji Shahidan bin Embok
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)



Tanggungjawab Dan Peranan Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

  1. Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi;
  2. Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang 'cross functional' antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebuh cekap dan berkesan;
  3. Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri 'modular', 'connectivity', 'inter-operability' dan 'portability';
  4. Menentu halatuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
  5. Memelihara intergriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
  6. Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Kerajaan atau jabatan/agensi;
  7. Mempromosikan kegunaan ICT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agendan perintis perubahan ('champion of change') dan;
  8. Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk mebangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 572

Week 1915

Month 15757

All 122554

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar