Headlines

IGMR2024 Catat Penyertaan Terbesar Acara Berbasikal

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA TERENGGANU,14 Disember - International Golden Monsoon Ride 2024 (IGMR2024) memecahkan rekod penganjuran Terengganu Inc Challenge Series dengan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 1,600 penyertaan.

Pengarah program, Norfar'izan Hashim berkata, IGMR2024 merupakan siri keenam dianjurkan di bawah TDM Berhad dengan tujuan menarik lebih banyak pelancong datang ke Terengganu, disamping menjana ekonomi setempat.

Menurutnya, siri kali ini mempertandingkan dua acara iaitu MTB Jamboree dan Jambo Race sejauh 30km dan Fun Ride sejauh 39km.

"Penyertaan dari luar Terengganu juga ramai (seperti) dari Kelantan dan Melaka serta kami turu menerima penyertaan dari luar negara iaitu Thailand dan Singapura.

"Mungkin akan datang siri IGMR ini akan lebih meriah, maksudnya lebih ramai dari segi penyertaannya," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Tambahnya, IGMR2024 di bawah TDM Berhad kali ini menyediakan hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi diiringi hadiah-hadiah lain seperti motosikal, barang elektronik dan sebagainya.

Jadi, ia tidak menolak hadiah-hadiah lebih 'grand' akan ditawarkan kepada peserta dalam IGMR akan datang.

Sebagaimana diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Helmi Mohamed, Syarikat Air Terengganu (SATU) dipilih sebagai penganjur IGMR bagi tahun 2025.-Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Terengganu State Secretary's Office, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Disclaimer: The Terengganu State Government will not be responsible for any damages on the use of any information in this website.

Visitor Counters

Today 3

Week 21

Month 15

All 983027

FOLLOW US ON FACEBOOK

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

MyGov Portal //
//

privasi

TPAY