Berita Utama

Terengganu Bakal Dirikan Kilang LNG

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA TERENGGANU, 8 Julai - Terengganu bakal mendirikan kilang ketiga di Malaysia yang membotolkan gas 'Liquefied Natural Gas' (LNG) selepas Johor dan Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata ia akan digunakan untuk keperluan industri yang ada di dalam negara sekali gus menjadi sumber pendapatan baharu Terengganu.

Ujarnya, gas itu diimport dari luar negara dan dibawa masuk ke negeri ini melalui Pelabuhan Kemaman melalui kerjasama dengan syarikat ENH Sdn Bhd.

"Setakat ini Johor dan Melaka membekalkan LNG ini untuk kegunaan industri di sebelah pantai barat dan utara Malaysia iaitu Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak hingga ke Pulau Pinang,

"Sebelah pantai timur belum ada lagi 'bottling plant' dengan diwujudkan di negeri ini, jadi kita akan menguasai pasaran di sebelah pantai timur," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), mengulas mengenai kilang LNG yang akan dibuka di Terengganu, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut katanya, ia akan didirikan di tapak tanah kepunyaan EPIC Sdn Bhd yang telah dipersetujui antara pihak terlibat yang kini dalam proses akhir untuk menandatangani perjanjian.

"KIta sangat berharap dengan wujudnya kilang atau 'plant' ini kita mampu menguasai pasaran di sebelah Pantai Timur, ia akan menjadikan Terengganu negeri ketiga akan ada 'bottling plant'

"Satu lagi maklumat, di Malaysia import dan eksport LNG ini hanya di Bintulu Sarawak, jadi syarikat ENH yang akan bekerjasama dengan EPIC dengan menyewa tapak anak syarikat kerajaan negeri, mereka juga turut berhasrat menyediakan 'LNG Storage' di Pelabuhan Kemaman.

"Apabila ada 'LNG Storage', produk yang kita import akan disimpan di sana, ini akan menjadikan Kemaman tempat kedua adanya aktiviti import dan eksport ini selepas Bintulu, Sarawak," katanya. -URUS SETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 3

Week 9

Month 3

All 983015

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2026. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

MyGov Portal //
//

privasi

TPAY