Ketua Pegawai Digital (CDO)
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Ybrs. Tuan Haji Anuar bin Awang
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Tanggungjawab Dan Peranan Ketua Pegawai Digital(CDO)
- Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi;
- Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang 'cross functional' antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebuh cekap dan berkesan;
- Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri 'modular', 'connectivity', 'inter-operability' dan 'portability';
- Menentu halatuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
- Memelihara intergriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
- Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Kerajaan atau jabatan/agensi;
- Mempromosikan kegunaan ICT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agendan perintis perubahan ('champion of change') dan;
- Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk mebangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.