Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. SUK Terengganu sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, SUK Terengganu amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
BIL Tajuk Kajian
 Status    Dapatan
 
1.

Kajian Kepuasan Terhadap Perkhidmatan Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Klik Di sini

 Aktif Sehingga 2/4/2023
klik 
2.

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Portal Kerajaan Negeri Terengganu
Klik Di sini

Aktif  Sehingga 2/4/2023
klik
3.

Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT2023)
Klik Di sini

Aktif  Sehingga 30/6/2023
klik
4.

Soal Selidik Kajian Perkhidmatan Atas Talian Kepada Warga Suk Terengganu
Klik Di sini

Aktif   
5.

Soal Selidik Kajian Perkhidmatan Atas Talian Kepada Komuniti
Klik Di sini

Aktif   
BIL Tajuk Kajian
 Status   Dapatan 
 
1.

Soal Selidik Kepuasan Kemudahan ICT Dan Pengurusan Perubahan Pejabat SUK Terengganu 2021-2025
Klik Di sini

Tidak Aktif 1.Dapatan
2.Laporan Analisis
2.

Soal Selidik Kajian Maklumat ICT Serta Penggunaan Dan Pelaksanaan ICT, Pelan Strategik ICT SUK Negeri Terengganu Tahun 2021-2025
Klik Di sini

Tidak Aktif 1.Dapatan
2.Laporan Analisis
3.

Soal Selidik Berkaitan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Psuk Terengganu
Klik Di sini

Tidak Aktif 1.Dapatan
2.Laporan Analisis
4.

Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT2022)

Tidak Aktif 1.Dapatan
2.Laporan Analisis

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 2

Week 2443

Month 8545

All 865618

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM