Jata Kebesaran

Image
Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar di negeri ini.

Menurut cerita, orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa (Dato' Mata-Mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Negeri bagi kegunaan rasmi pada tahun 1932.

1. Bulan Bintang menunjukkan Negeri Islam.
2. Mahkota menandakan Pemerintahan Diraja.
3. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula Merupakan Alat Kebesaran Negeri.
4. Al-Quran di sebelah kanannya melambangkan Agama Islam, agama rasmi Negeri.
5. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan Keadilan .
6. Wali / Selampai menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan di dalamnya ada tertulis huruf Melayu sebanyak tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu "Jawatan Kerajaan Terengganu".

Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, satu lagi alat kebesaran iaitu cokmar telah ditambah dan perkataan "Jawatan Kerajaan" dihapuskan manakala perkataan "Terengganu" dikekalkan.

Sumber: Koleksi Terengganu PPAT

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 2

Week 2443

Month 8545

All 865618

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM