Berita Utama

Jalan Drawbridge-Pantai Seberang Takir Ditutup Tiga Hari

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Terengganu memaklumkan, jalan kedua-dua hala dari persisir Pantai Seberang Takir sehingga ke Jambatan Angkat (Drawbridge) akan ditutup selama tiga hari, bermula esok.

Penutupan tersebut dibuat berikutan pelaksanaan aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan muara utara Drawbridge selama tiga hari sehingga 15 Februari (Selasa).

Sehubungan itu, PDRM menasihati pengguna yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar dan sebaliknya untuk menggunakan Jambatan Sultan Mahmud sepanjang tempoh itu.

Para pengguna yang menggunakan jalan tersebut terutama yang berkerja disarankan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesulitan.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 3

Week 21

Month 15

All 983027

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2026. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu

MyGov Portal //
//

privasi

TPAY