Golongan Bukan Islam Hidup Aman di Terengganu

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

HULU TERENGGANU, 6 Februari - Golongan bukan Islam dan bukan melayu di negeri ini hidup aman damai dalam satu komuniti walaupun Terengganu didominasi oleh melayu islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, semua kaum yang ada saling hormat menghormati sekali gus menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa orang bukan islam terpinggir di Pantai Timur.

"Di Terengganu, tidak pernah berlaku masalah perkauman justeru semua rakyat dapat hidup bersatu menjayakan pelbagai aktiviti komuniti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Komuniti Rahmah Bersama Jentera Perpaduan Negeri Terengganu, di Dewan NGO, Kampung Pengkalan Ajal, di sini, semalam.

Dalam pada itu, mengulas tentang hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini, beliau berkata hubungan sentiasa berlangsung dalam keadaan harmoni atas semangat federalisme.

"Hubungan baik antara kedua belah pihak akan memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama dalam memastikan kebajikan rakyat terbela serta sentiasa berada dalam keadaan harmoni," katanya.

Ujarnya, kehadiran Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang amat bermakna kepada kerajaan negeri serta sangat dialu-alukan kerana ia secara tidak langsung menzahirkan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berada di dalam keadaan baik.

"Kehadiran Menteri Perpaduan Negara hari ini telah dapat menceriakan masyarakat di sini melalui Program Komuniti Rahmah bersama Jentera Perpaduan Negeri Terengganu.

"Dengan jalinan kerjasama ini diharap akan berterusan untuk menjaga keharmonian supaya tiada berlaku pergeseran yang boleh mengakibatkan kerugian dan berlakunya rusuhan yang tiada sepatutnya berlaku di negara mahupun negeri ini," ujarnya.

Sementara itu, Aaron berkata lawatan semalam merupakan lawatan sulungnya ke Terengganu.

"Saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kerana Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pengkalan Ajal telah sudi menjadi tuan rumah bagi Program Komuniti Rahmah.

"Program ini adalah merupakan kluster ketiga di bawah program 'flagship' kementerian iaitu Kembara Pepaduan Melaysia MADANI yang telah dilancarkan pada 1 Mac 2023, selain daripada kluster Semarak Kenegaraan dan Semarak Perpaduan.

"Dirangka bagi membina komuniti yang sejahtera, mampan dan rahmah khususnya dalam KRT yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai melalui penggemblengan usaha serta tenaga semua pihak," ujarnya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Logo-Portal-Trg-01-white

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

Hits Pengunjung

Today 2

Week 2443

Month 8545

All 865618

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM